Rabu, 8 Mac 2017

Menjaga Kesihatan atau Insurans. Mana Lebih Utama?



                MENJAGA KESIHATAN ATAU INSURANS?


Assalaamualaikum semua. Lia menyahut cabaran dari blogging kak olie untuk berkongsi hujah berkenaan tajuk yang diberikan organizer TEAM SUPERSTAR iaitu sejauh mana penjagaan kesihatan perlu diutamakan berbanding pembelian insurans@takaful?

Lia secara jujurnya akan memilih penjagaan kesihatan yang baik berbanding dengan pembelian insurans. Tapi, Lia tidak nafikan juga insurans itu tidak penting. Insurans penting tapi adalah lebih baik jika kita utamakan kesihatan dahulu. Faham dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum di mana kos rawatan yang semakin meningkat. Sekurang-kurangnya ada nya insurans ni, dapat juga ringankan bebanan kan. Namun begitu, Lia lebih suka dengan konsep 'CEGAH SEBELUM RAWAT'. Jangankan bila sudah sakit barulah ada kesedaran nak jaga kesihatan. Kalau sakit biasa biasa itu lagi mungkin masih punya harapan untuk sembuh. Tapi kalau sudah kritikal dan berisiko tinggi kan dah susah.. Betul tak ..



TIPS PENJAGAAN KESIHATAN YANG OPTIMOM. APA RAHSIANYA?

Menurut Dr. Abdul Aziz , pakar fisiologi saraf, ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan yang optimum iaitu :-

1) Pemakanan
Semua orang tahu kita mesti makan makanan seimbang untuk mendapatkan nutrien dan zat yang diperlukan.
Banyakkan makan sayur sayuran, buah-buahan dan makanan yang berserat. Kurangkan gula dan lemak dalam masakan. Antara sayur yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan ialah Peria Katak. Peria Katak membantu mengurangkan paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Klik di sink PERIA KATAK untuk info selanjutnya.

Sekiranya nutrien yang diperolehi tidak mencukupi, Dr. Aziz menyarankan supaya ambil makanan tambahan atau supplement. Kekurangan nutrien dalam badan akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja dan aktiviti harian, ramai dalam kalangan kita kata tak apa lah, tak perlu lah kerana fikir tubuh badan boleh survive daripada mendapat penyakit.

Sebut berkenaan supplemen, setiap hari Lia ambil ESP Shaklee (Energizing Esolated Powder) sebagai makanan tambahan dan memberikan tenaga sepanjang hari selain menambahkan berat badan Lia yang keding ni. Hehe. Banyak juga manfaat lain dari ESP ni. Klik ESP .



Selain ESP ada juga supplement shaklee lain yang Lia ambil. Nanti kita cerita lain ye..hehe

Ada 1 supplement atau lebih dikenali sebagai Tonik Ajaib masa kini iaitu JUS PATI RESVERATROL. Korang pernah dengar jus ini? Banyak sangat manfaat dengan pengambilannya. Salah satu keistimewaannya adalah ia dapat membantu menurunkan paras gula pesakit kencing manis dengan cara membaiki organ yang mengeluarkan insulin itu sendiri iaitu pankreas. Korang boleh baca tentang review dan testimoni jus pati RESVERATROL untuk dapatkan info lanjut dan manfaat kesihatan pengambilannya.


                                   Jus Pati Resveratrol

2) Bersenam
Bersenam? Sama juga tiada rahsia. Semua orang tahu bersenam itu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang tahu senaman itu baik untuk kesihatan. Senaman membantu mengekalkan kesihatan jantung organ tubuh kita yang terpenting. Mari kita renungkan kenapa kita malas bersenam. Bersenam sekurang-kurangnya 5kali sehari adalah sangat baik untuk kesihatan dan kita akan dapat rasai perbezaannya.

3) Rehat yang Mencukupi
Kita mesti rehat dengan cukup dan elakkan stress. Dalam kesibukan kita menjalani aktiviti harian, kadang-kadang sampai mengabaikan kesihatan diri. Tubuh badan kita perlukan rehat dan tidur yang secukupnya. Kalau tidak, badan akan rasa keletihan, kelesuaan dan stress. Oleh itu, dapatkan waktu rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti.

4) Pemeriksaan Doktor (Medical Check up)
Dapatkan pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 2x setahun. Melalui cara ini, kita dapat pastikan tubuh badan kita dalam keadaan baik dan terkawal tanpa sebarang penyakit . Sekiranya disyaki ada risiko penyakit, di peringkat awal kita boleh dapatkan rawatan segera daripada menjadi kritikal.

Kesimpulannya penjagaan kesihatan sangat penting daripada membeli insurans diri. Kita boleh mencegah daripada terkena penyakit kronik dengan amalan kesihatan yang baik dan gaya hidup yang sihat. 'Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Alasan' bak pepatah Melayu kan.. Jadi, jagalah kesihatan sebaik-baiknya. Badan yang sihat itu adalah rezeki Allah. Bersamalah kita menjaganya. Bila badan sihat, dapatlah kita beribadat dan buat kerja harian dengan mudah. Inilah yang dinamakan nikmat kesihatan . Alhamdulillah .

Korang tolong Like dan Share entry ini untuk sama-sama memeriahkan kempen kesedaran kesihatan Menjaga Kesihatan Lebih Baik daripada Membeli Insurans.

Assalamualaikum wbt .


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan