Isnin, 6 Mac 2017

Resveratrol dan Manfaatnya

Apa itu RESVERATROL ?



Resveratrol ialah senyawa kimia yang dijumpai di dalam tumbuhan tertentu. Hal ini disebut Phytoalexin kerana tumbuhan secara alami menghasilkan pelbagai zat antibiotik untuk melawan bakteria.

Tanaman yang mengandungi Resveratrol terdapat dalam biji dan kulit anggur merah, buah Raspberry, Mullberry, Blueberry dan Cranberries.

Resveratrol juga terdapat dalam kacangtanah, pohon-pohon pinus tertentu dan dalam tanaman Jepun Knotweed.

Manfaat Resveratrol mengejutkan dunia Medic ketika peneliti dari Universiti Harvard menemui sebuah zat yang dapat mengaktifkan semacam protein yang disebut SiRT1, iaitu mekanisme yang memainkan peranan penting terhadap regulasi metabolisme tubuh manusia dengan cara 'membatasi kalori'.

Dengan aktifnya SiRT1, sangat berkaitan dengan Penambahan Usia(Extend Life) dan senjata melawan pelbagai penyakit akibat penuaan.

Kenali VIVIX @ TONIK AJAIB SHAKLEE dan komponen utamanya RESVERATROL
Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cusspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol ialah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti oksidan dan sel anti penuaan semulajadi.

Resveratrol ialah sejenis anti oksida-polifenol yang terdapat dalam tumbuhan, buah-buahan, kacang dan bijian. Manakala, kulit anggur merah pula mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan bakteria dan virus.

Untuk ketahui kelebihan Vivix lagi, sila klik di sini VIVIX

Manfaat-manfaat UTAMA Resveratrol :

1)Melindungi dan Mengaktifkan Mitokondria
Setiap sel badan mengandungi ratusan Mitokondria dikenali sebagai 'kilang menjana tenaga' atau 'loji tenaga sel' . Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisme tubuh, Mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Tubuh kita akan terkesan jika Mitokondria rosak.

2)Mengaktifkan Gen anti-penuaan (Sirtuin 1)
Sirtuin 1 ialah gen anti penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik,masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular.Apabila gen Sirtuin 1 dirangsangkan oleh Resveratrol, ia akan :-

  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser
3)Melanjutkan Usia
Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli Sains Italy memaklumkan bahawa, Resveratrol memberi kesan kepada kelanjutan jangka hayat.

4)Meningkatkan Daya Ketahanan
Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi Mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.

5)Membina Daya Ketahanan terhadap Kanser
Fasa Pertama -
Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik
Fasa Pertumbuhan -
Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser
Fasa Pertumbuhan Pesat -
Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser

Manfaat- manfaat Lain:-
1) Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
2) Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
3) Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin dalam kalangan pesakit Diabetis
4) Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.





RESVERATROL


Tiada ulasan:

Catat Ulasan